Wednesday, June 15, 2011

Cemburu bukan niat untuk mengongkong






Entry kali nie saya nk kongsi dengan anda semua tentang tajuk yg dekat atas nie..Sebenarnya saye pun dah kekeringan idea nak share dengan korang sume.Tapi tiba2  rase macam nak cite pasal benda nie.Bercakap pasal tajuk nie mungkin ada di antara anda sume pernah mengalami peristiwa-peristiwa atau masalah seperti ini dengan pasangan anda.Walaupun xslalu berlaku tapi setiap orang mesti akan mengalaminya satu hari nanti.
     
      Cemburu yang ingin saya kongsikan disini bukanlah seperti cemburu apabila orang lain mempunyai kereta besar,siapa lagi cantik,rumah mewah dan lain2 walaupun perkara-perkara seperti ini juga tergolong dalam kes kita iaitu cemburu.Tetapi cemburu yang ingin saya kongsikan dengan anda semua dalam entry ini ialah cemburu terhadap pasangan anda yang kadang-kadang mungkin melibatkan orang ketiga.Mungkin ramai diantara anda semua pernah mengalami situasi dimana pasangan anda berasa cemburu atau sangat cemburu terhadap tindakan dan kelakuan yang anda lakukan.Contoh benda dia lakukan n petanda:
    

  1. wat spot chek kt phone.Sama ada anda sedar atau x,kadang2 si dia akan mula wat benda2 mcm nie..mesej,gambar sume sume dia spot chek.. 
  2. Bila tiada benda nak wat mula pk mcm2 ttg dia...xyah nk tipu anda pun same..haha
  3. Mule bertindak mcm detektif..mcm2 ditanya..
  4. kata2 anda mula dia ragui dan xpercaya kat anda.
  5. Mendesak anda melakukan sesuatu pekara.


Sedar atau tidak segelintir dari kita yang dicemburui mungkin akan rase terkongkong terhadap sikap pasangan kita itu terutamanya lelaki.Selain itu ada juga yang akan merasakan bahawa mereka tiada kesefahaman dan tidak saling memahami,bertengkar,rimas,dan anda mungkin akan penat untuk melayan kerenah si dia..Dalam kes ini kita harus sedar bahawa itu bukanlah niat mereka untuk mengongkong anda,tetapi mereka hanya berniat supaya anda dapat memahami perasaan dan hatinya.Jadi anda tidak perlu terasa terkongkong sekiranya dia bersikapnya sedemikian.

     Bagi seseorang yang cemburu pula mereka bersikap sedemikian kerana risau kemungkinan-kemungkinan yang akan berlaku sekiranya perkara itu dibiarkan.Sebagai contoh,risau anda akan jatuh hati terhadap orang tersebut,takut anda dirampas,tidak ingin berkongsi kasih sayang dan lain-lain lagi.Bagi mereka,inilah cara terbaik untuk ditunjukkan kepada pasangan mereka daripada mereka memarahi dan sebagainya untuk menunjukkan rasa sayang mereka kepada anda.Oleh itu,anda perlulah memahami situasi sebenar supaya anda mampu untuk mengawal situasi seperti ini dan berfikirlah secara matang agar tidak memburukan lagi keadaan.

     Menurut pandangan sesetengah wanita pula mereka amatlah menuntut sikap cemburu ini daripada lelaki.Saya pun xberapa pasti kenapa...mungkin bagi wanita,lelaki yang cemburu membuatkan mereka merasakan diri mereka disayangi dan mungkin dihargai.Bagi mereka mendapatkan sikap cemburi daripada segelintir lelaki terhadap wanita adalah satu perkara yang agak susah.Oleh itu,xperlu lah anda rase sebaliknya dan seharusnya anda perlu rasa bersyukur kerana dia masih mencemburui anda.
nantikan lah bagaimana untuk mengatasi masalah ini dalam post yang akan datang..

2 comments:

  1. hmm..that shows immaturity...usually adults don't jealous too much..but there still some of them who behave like that...the older u r u'll see love relationship is not like that...more to commitment..maybe the case above more to school students..just giving opinion..:)

    ReplyDelete
  2. maybe your right miss henny .. by the way thankz for the opinion :)

    ReplyDelete