Wednesday, February 6, 2013

Dear Kaum Hawa ^^

ASSALAMUALAIKUM W.B.T KEPADA SEMUA YANG SUDI MEMBACA BLOG ANA YG SERBA KEKURANGAN INI ....

Sudah lama rasanya ana tak update blog ana , rindu sangat nak update dan kongsi kepada sahabat ana :)

Topik kali ini ana pilih is about kaum hawa and love (part 1) 
Kaum hawa ni sangat lemah dan lembut orangnya but sometime ada jugak dikalangan mereka yang kasar dan jenis extreme :)

To kaum adam : Allah bagi peluang untuk kita memiliki sesuatu untuk mengajar kita menghargai sesuatu  

Fakta ana ingin kongsi disini ialah , kaum hawa bila dia dah sayang dan cinta si adam tu sampai bila2 pun dia akan sayang walaupun dalam hati dia ada benci , itu lah awesome si hawa ni <3

BUT 

kenapa kaum adam selalu mengecewakan , melukakan atau menghampakan HATI , PERASAAN , JIWA sehingga menusuk KALBU mereka ? kamu tak ada hati perut dan perasaan ke ? 

Dear Kaum Adam , 

Awak tak kesian ke tengok perempuan membazirkan air mata dia untuk awak ? lebih baik dia mengalirkan air mata dia untuk Allah dan Rasulullah , please la hargai semua perbuatan dia terhadap awak ,
 jangan buat perempuan tu macam neraka , tetapi jadikan lah dia wanita syurga :')  


Adam , ingatlah kau juga dilahirkan dari rahim ibumu yang juga seorang wanita , jika kau melukai hati wanita itu sama la kau lukai hati ibumu dan jangan pandang wanita itu dengan nafsu yang membuak , tapi pandanglah seorang wanita itu dengan impian untuk membimbingnya ke syurga :)

bagi ana la kan : perempuan sanggup rendahkan egonya untuk kaum
adam yang dia sayang but kenapa kita sebagai lelaki susah nak
control ego kita ? jangan ego sangat sahabat lelaki ana sekalian
sebelum Rasulullah menjadi khalifah baginda pernah dibimbing
Khadijah :) respect perasaan kaum hawa sikit pun tak pe , nak banyak
pun tak pe , yg penting hormat dia okeyh ! Terima kasih ^^


HERE MY SPECIAL ADVICE FOR KAUM HAWA

perempuan yang kuat ialah apabila hatinya hancur , berderai tanpa
mampu dicantumkan semula, dia berusaha untuk bangun kembali , so every woman deserve to be solehah :)




 
1- dear kaum hawa , 
kalau awak nak bakal zauj yang sweet , awak pergi rumah dia , tengok cara dia layan umi dgn abi dia , kalau dia layan macam tak layan je or endah tak endah je , awak ingat dia akan layan awak macam puteri raja ? No ! no ! no , itu lah dia yg sebenarnya

2-  Dear Kaum Hawa , 
Awak tak payah nak rindu bakal imam sangatlah kan , awak pegi je lah ajak roommate ke classmate ke housemate jadi imam awak tak pun awak sendiri yang jadi imam untuk kawan2 awak , solat jemaah dengan perempuan awak tak nak , dengan bakal imam jugak yang awak rindu , pahala sama je pun , ni dok asyik update status rindu bakal imam hari-hari 




3-  dear kaum hawa yang dirahmati Allah sekalian,
awak tak payah nak jadikan artis lelaki barat or korean sebagai idola awak sampai kena histeria kadang2 ana tengok , awak tau tak saat Nabi Muhammad S.A.W sebelum ajalnya menangis dan memanggil kita "Ummati, Ummati....". Baginda bimbang kepada kita, umatnya , Baginda menangis kerana menyayangi kita

P/s : Perbanyakkanlah selawat pada nabi, pakailah hijab, jaga kehormatan,
kerjakan solat dan puasa, itulah tanda awak mengidolakan Nabi
Muhammad S.A.W , Baginda S.A.W sejuta kali lebih super dari manusia2 barat dan korean yg menjadi idola kamu tu


4- dear kaum hawa , 
cuba setkan dalam hati awak dalam bertudung , berniqab dan berpurdah bukan sebab pujian manusia , bukan sebab ibu ayah suruh , bukan sebab perubahan zaman tapi awak bertudung sebab mata hati awak masih kenal agama , awak bertudung sebab ajaran ibu ayah awak , awak bertudung sebab awak sedar sekarang awak berada didunia akhir zaman :)

p/s : bila wanita menutup aurat, orang jahat tak berani ngorat , bahkan boleh menjadi ubat, orang memandang blh bertaubat... ISLAM MEMULIAKAN HAWA :)


TO BE CONTINUE IN PART 2 , IN SHAA ALLAH

THAT ALL FOR THIS TIME, SEE YA NEXT TIME

BE A GOOD MUSLIMAH AND KEEP ISTIQAMAH , JAGA HATI , JAGA DIRI , JAGA IMAN 

DAN JAGA MATA , IN SHAA ALLAH , SEMOGA KITA BERJUMPA LAGI


SYUKRAN FOR VISITTING MY BLOG

MAY ALLAH BLESS YOU ^^

2 comments: